masa cuti sekolah... rasa mcm nk g sek balik...
bila dah mula sek rasa mlas plak nk g sek...
2 bkn saya ckp tpi..
majoritinye ramai bdk ckp mcm 2...
tahun depan saya akan memduduki 'sijil pelajaran malaysia' (SPM)..
rasa takut 2 de r... mne x nye... ramai sedara-mara yg sebaya dohhhh...
and aq sorang je.. yg aliran sastera tau...
thun depan aq berazam nk stdy betul2..
and aq dah beli buku latihan and buku rujukan...
guna duitt aq...
so aq harus belajar.. betull2..
hanya result 'SPM' je yg tunjuk ke mana arah kita...
ok psal belajar...
aq nk shared sikit..
tips pelajar cemerlang...
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada
pelajar cemerlang, Pelajar cemerlang akan:
1 .
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat
dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2 .
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan
bahawa:
o kita ingat 10% apa yang dibaca
o kita ingat 20% apa yang didengar
o kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
o kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3 .
Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4 .
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja
rumah).
...Tahu memberi ganjaran
kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan
dan sebagainya....
5 .
Belajar dalam persekitaran kondusif.
o pastikan cahaya adalah terang
o kurangkan gangguan bunyi
o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat
belajar
o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o kerusi dan meja menghadap kiblat
o
jangan lupa untuk senyum
6 .
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari
rakan.
7 .
Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu
belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat
dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang
difahami, dan jawab soalan.
8 .
Tahu teknik merangsang memori:
o memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o mengingat kembali (recall)
o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain
(application)
9 .
Sentiasa awal dan mendahului:
o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi
tanggapan yang positif pada guru.
o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat
mengekalkan kejayaannya.
o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2
kali sebelum guru mengajar.
1 0. Berbuat
baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
1 1. Mempunyai
teknik membaca yang betul:
o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o memberikan tumpuan sepanuhnya
o menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
1 2. Sentiasa
mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
1 3. Membaca
doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan
sebelum menghadapi peperiksaan.
1 4. Tidak
membuang masa dengan belajar ketika letih.
1 5. Mengadakan
rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
1 6. Belajar
mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu
sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca
al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
1 7. Mengulang
kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80%
selepas belajar).
1 8. Mengulang
kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
1 9. Tahu
mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
2 0. Mengulang
kaji pelajaran berulang-ulang kali.
2 1. Mengulang
kaji apabila mulai terlupa.
2 2. Tahu
petua mengulang kaji:
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
2 3. Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya.
2 4. Tahu petua-petua
agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
2 5. Tahu
kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
2 6. Cekap
mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar patut kpd jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
2 7. Tidak
menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai
dorongan untuk belajar.
2 8. Cari
maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang
tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
2 9. Membina
kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara
dan topik untuk belajar.
3 0. Menggunakan
masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
3 1. Membawa
nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
3 2. Pelbagaikan
tempat belajar.
3 3. Menyedari
guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
3 4. Menjadikan
nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.
3 5. Ciri-ciri
pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
- Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
No comments:
Post a Comment